Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor

                         Berilmu - Berkebajikan - Hidup Sejahtera

Welcome

                                                           ASSALAMUALAIKUM WBT


SELAMAT DATANG KE LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR.

 

Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor, ( LKPIS ) adalah satu pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan untuk meninggikan taraf kebajikan yang menyumbang kearah pembangunan sahsiah diri, keluarga serta masyarakat dan meningkatkan taraf pendidikan dan keilmuan global berlandaskan nilai-nilai islam.Penubuhan LKPIS adalah lanjutan dari tertubuhnya Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia yang juga bertindak sebagai Pusat bagi peringkat kebangsaan.

 

                                                                            

                                                                                         YMM TUNKU PUAN BESAR KURSHIAH

 

 

LATARBELAKANG PENUBUHAN LKPIM

 

Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia ( LKPIM ) ditubuhkan pada 17hb Oktober 1961. Ia ditubuhkan atas rasa keinsafan dan keperihatinan YMM Tunku Puan Besar Kurshiah terhadap penderitaan dan kesengsaraan kaum wanita dalam menghadapi kemelut rumahtangga, terutamanya yang tinggal di luar bandar.

 

Pada awal penubuhan, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia dianggotai oleh 7 orang sahabat YMM Tunku Puan Besar di mana YMM Tunku sendiri memegang jawatan Yang Di Pertua.

 

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR

 

Lanjutan dari itu, atas inisiatif dan usaha keras DYMM Tengku Ampuan Rahimah maka tertubuhlah LKPIM  Negeri Selangor ( LKPIS ) pada tahun 1962, dimana DYMM Tengku sendiri bertindak sebagai penaung LKPIS. Selangor merupakan negeri pertama menubuhkan LKPI selepas bertapaknya di peringkat pusat. Kini, LKPIS sudah mencapai 45 tahun dan terus bergerak aktif.

  

Atas usaha gigih YAM Tengku Putri Hajjah Arafiah atas perkenan oleh DYMM Sultan Selangor dan ehsan dari Kerajaan Negeri Selangor, LKPIS kini mempunyai pejabat sendiri di Klang. Pejabat yang berbentuk sebuah rumah banglo ini , kami namakan DARUNNA ( Rumah Kami ) . Di sinilah berjalannya segala aktiviti-aktiviti dan program - program  LKPIS.